main punggah sepah rancak berdosa

 😆 yang ada anak kecik memang urut dada bersama.. kerana kita semua tahu dan faham proses kemas susun punggah sepah tu berulang non stop , smpi la diorang tidur 😅


aku sayang mainan anak2 aku 😅 maybe sbb masa kecik aku xde peluang nak ada mainan mcm ni.. mainan aku semua dari barang terpakai ye mcm bekas makanan, bekas taufufah 😅 kadang2 kotak ubat gigi tu pun boleh jadi mainan.. yg penting imaginasi kanak2 utk jadi kan bahan mainan.. hahah..

amjah almost 2 yrs, barang mainan dia tak banyak mana pun.. aku mmg kawal diri drpd beli mainan yg tak perlu.. apa yg ada tu jaga baik2.. utk baby ni yg penting mainan susun2, berwarna.. kita nak dia explore lebih dgn bermain kan?


semalam aku share mainan baby dia.. 😅 rasa sayang betul nak simpan bg kat cucu aku hahah.. dulu mainan akim pun aku simpan elok2.. aku ingat nak bagi kat cucu aku la kan.. tapi bila akim dah makin besar.. aku rasa mainan tu semua patut diberi kat budak lain yg nak main.. drpd biar dia simpan bertahun..

mainan akim semua dah serah kat anak2 jiran.. kawan2 adik dia.. yang tinggal dgn dia cuma lego, hotwheels ngan nurf. and few little toys yg dia sayang.. ada sentimental value 😍

mainan amjah ni pun aku tak rasa aku akan simpan lama.. sembang je lebih aku nih pun hahahah kang budak tu dah besar aku akan serah gak mainan tu kat budak lain. simpan lama2 pun nak buat apa kan? lebih baik bg budak lain gembira.. byk je budak yg nak mainan tapi xde mcm aku dulu.. main kotak ubat gigi , gunting2 tampal2 lukis sikit jadi la bas.. kereta.. 🤣


yang penting setiap mainan tu support proses pembesaran diorang jadi lebih baik dan positif. mainan tu buat diorang lebih kreatif.

beli mainan tu mmg utk dimain.. bukan ikut2 orang je.. beli mainan pun jgn ikut nafsu 😅 sbb toys zaman skrg dah byk yg murah, mampu milik.. bila terpandang kang anak nampak kita pun tak sampai hati nak tolak , tipikal mak bapak zaman sekarang oii.. semua sayang anak lain machiammm 🤣🤣

aku sendiri setiap bulan 😅 mmg akan belikan something utk anak aku , dari akim kecik dulu.. setiap bulan tu mmg akan beli satu toys, within budget jugak la.. and anak2 tu pun nak reward jugak diorang patut diberi sesuatu , dalam masa sama kita didik ajar bgtahu beli mainan tu berapa harga, jaga baik2. Kenapa diorang dpt mainan , kenapa kita belikan mainan.

kena rajin kan diri utk cakap bgtahu didik anak2 tu dari diorang baby pun.. learning process tu mmg dari dalam perut pun.. apa lagi bila dah lahir.. 

macam aku.. setiap kali beli kan anak2 aku sesuatu mmg aku akan explain , cakap.. ibu beli ni sebab sayang anak.. ibu taknak anak ibu tak merasa.. jadi hargai baik2.. lagipun anak2 ibu baik sgt, Allah sayang.. ada rezeki lebih Allah bagi.. boleh la ibu beli utk anak2 ibu.. doakan rezeki kita dan rezeki mereka yg memberi dan kongsi rezeki ngan kita tu.. lebih lagi rezeki mereka Allah bagi.. haaa.. 

kena cakap , tu bukan membebel.
kena selit2 jugak didikan agama.

nilai mainan tu bukan kosong.
kalau kita manfaat kan betul2.. ye dak?

i might be wrong tapi itu la yang macik buat kat anak2 macik.. semoga esok diorang ada anak, diorang pun akan jaga anak2 diorang lebih baik dari macik , insyaaAllah..


jangan mengeluh bila anak sepahkan mainan.. spend masa main ngan diorang.. drpd habis masa kat phone.. sbb at the end yg realiti ialah anak2 kita.. bukan apa yg ada kat dunia siber.

aku kalau dapat main ngan anak2 aku.. aku jadi lebih budak kecik dari diorang ahahaha 🤣🤣 dulu masa akim kecik.. aku selalu ingat bila dia dah besar, aku pun akan matang sikit and tak de la nak main mainan dah..

rupanya... 🤣😂 tak berubah perangai budak kecik aku ye 😆 mujur anak2 aku rajin melayan hahah..

aku pun ada toys 😆 maybe one day aku share 😅 manusia ni perkara yg jadi aib sendiri tak berapa nak share.. kalau aib orang tu laju je kita share kan 😝 dah tua2 nak share pasal mainan.. isy..

begitulah kisah mainan amjah. belum smpi dua tahun. bakul aku, rak aku semua dah jadi port brg mainan dia 😅

sekian, macik dayah.
janda yang tak pandai mainkan perasaan orang.
tiberhhh 😆😂








Comments

Popular posts from this blog

janda perlukan duit banyak

dah oktober?? birthday macik..

Kfry Setia City Mall