janda perlukan duit banyak
kadang-kadang aku macam tak percaya yang baby aku dah almost 2yrs.. sebahagian dari diri aku.. dalam otak aku ni masih rasa berat nak lepaskan dia menjadi kanak2, maybe sbb masa aku tgh lalui tough time, budak sorang ni ada dalam perut aku, teman aku, sangat dekat ngan aku.and now.. dia dah berlari, melompat dan memanjat 😅
semakin bertambah umur dia, semakin susah hati aku.lately nih aku byk sgt fikir, mcm2 aku fikir.aku ingat bila pkp dah habis, baby aku dah besar sikit nih aku boleh start fokus balik keje office hour, kali ni jadi admin assistant pun xpe janji aku ada keje tetap. tak kesampaian, dah lima enam kali try, baby sorang ni akan nangis lepas 3,4 jam xnampak aku atau abg dia..
iye, setakat ni Alhamdullillah aku dpt bernafas lagi.. wanita2 yg ada kat ig aku sgt2 baik hati, beli apa yg aku ngan anak aku jual so dlm dua tahun ni kitorang dpt teruskan hidup, recently dapat duit kwsp sikit Ya Allah, seronok sgt2 aku dpt spend utk anak2 aku , dan byr hutang 😆
hidup cukup2 makan, sesekali ada rezeki lebih Alhamdullillah aku tak joli katak spend membabi buta enjoy utk diri sendiri tapi aku spend kat anak2 aku , "anak2 yatim" walaupun bapak masih hidup 😊 kerana tidak ada walau rm1 pun duit belanja yg bapak mereka bagi..
jangan ditanya mana duit gaji bapak diaorang setiap bulan, mmg ada je jawapan duit tak cukup, semoga Allah sentiasa makbulkan kata2 dia yg suka menipu takde duit utk anak sbb dia tak cukup duit, aamiin..
for now, aku masih tarik nafas lega sbb jauh dlm hati aku sedar anak2 aku tak kurang apa2. kami masih ada ruang berteduh.masih ada rezeki makan minum pakaian malah Allah beri kasih sayang yang jauh lebih byk dgn hadirkan ramai sgt orang baik2 sekeliling kami.
jadi ibu tunggal , jadi seorang janda betul2 bukan mudah. aku takde tempat utk berkongsi rasa gusar, rasa takut - kecuali mengadu pada Allah s.w.t.
and most of the time aku share kat ig, tu pun jenuh bertapis tapis 😅 sbb tu aku nekad nak ada blog, aku rasa cam nak ada satu medium yg aku tak perlu jaga hati sapa2. aku boleh tulis apa aku nak, tak yah nak risau sapa2 kecik hati 😆
aku teringin nak lepas geram ke, nak marah nak maki ke atau maybe there is a time aku rasa rindu kat ex husband aku 😆 aku nak share kisah kain dalam atau kain terkoyak , aku tak yah fikir perasaan sapa2 pun , lantak kau sana auntie onion 🤣
dah setengah tahun berlalu, aku harap 2022 ni aku betul2 lebih kuat semangat, dapat hala tuju hidup yg lebih jelas lepas semuanya hancur tahun 2019 , tak tinggal satu apa pun dah kecuali anak anak aku. sekurang nya Allah bagi aku pinjam harta dunia paling berharga. berat amanah ini tapi diorang dua2 anak2 yg baik sgt , insyaaAllah mereka akan jadi manusia yg baik aamiin..
aku harap aku dapat stable kan ekonomi family aku nih, aku xtau apa dan macam mana tapi itu je yg aku fikirkan skrg.aku dah kena ada satu income yg stable.budak2 ni makin besar , by next year sorang nak spm , sorang dah boleh start hantar play school kan? lepas tu.. sorang dah nak masuk universiti , sorang lagi start tadika. kena ready dari sekarang dari segi financial mmg dah kena work for it.
mintak kat Allah.
mmg tu je tempat meminta yg aku ada.
duit bukan segalanya cuma zaman skrg segalanya memerlukan duit. kecuali pemberian Allah mcm oksigen, free. in return marilah kita menunaikan solat lima waktu , berpuasa dan byr zakat 😉
begitulah..
seorang macik membebel tentang kehidupannya.. 😆 nkorang pun rajin nau baca keluh kesah seketul macik , dah kenapa? 🤣
sekian,
macik dayah, single not available 😆
Comments
Post a Comment