jadi janda sebab janda ppfftt..


dah..dah.. tengok title entry apa? jadi janda sebab janda? haaa.. cuba tengok pulak diri kau dalam gambar tu macik..! kemain comot dengan selekeh mana la tak jadi janda ye dak? 🤣 jadi sebelum nak salahkan orang lain, renung diri sendiri dulu.. selebet mcm tu laki tak selera tengok 😆

well.. hakikat yang perit dan pedih.

truth is, aku jadi janda sebab memang aku yang mintak dilepaskan. bukan sebab aku tak sanggup hidup bermadu.. tapi aku tak sanggup nak rosak kan masa depan anak2 aku.

here a simple short version of why i chose divorce 😅 wah dapat cakap omputih sikit see im not so stupid bebeh 😆

back to 2019. when it all started with a phone call. seorang perempuan yang kerja telemarketing dan ada details pelanggan, sepatutnya profesional tapi dia dah biasa goda lelaki untuk kepentingan peribadi dia. Yang lelaki pulak , ex aku.. memang jenis yang suka flirting tapi tak pernah berlebihan , ye im very sure about this, aku tau sejauh mana nakal dia.

that time, dia tersilap main. flirt dengan perempuan psiko yang dah nampak ex aku tu berduit, gaji mahal 😅 so.. daripada official call dia boleh watsap ex aku bagi nombor personal dia.. walaupun dia tau "suami orang"

awal2 aku tau semua conversation tu, jelas sangat2 ex aku dah tak melayan.. dia pun busy dengan kerja , anak isteri dan gym.. tapi perempuan tu keep on calling dia.. lama2 ex aku melayan jugak 😅 lama tak lama.. benda tu dalam seminggu pertama bulan november 2019.

sebagai "isteri" aku memang perasan sangat perubahan bila... time lunch yg patut jadi time kitorang sembang, ex aku engaged, petang pun sama... and even malam2 time yang dia patut pegi gym.. engaged on phone dia start pomteng gym pun.. and.. dia start bawak phone walaupun ke jamban 🤣 tu drama tv dah lama tunjuk story line tu kan hahahah..

aku.. busy dengan kerja dan rumahtangga.. aku rasa penat , sebab previously dalam tahun 2017 tu berlaku satu perkara dahsyat, ex aku bergaduh kat tempat kerja dia dgn hr manager, dia kena terminated, dia didakwa kena lokap, sampai naik turun mahkamah for a few months and last2 kena bayar gantirugi denda dan dia dipenjara. setahun lebih dia tak kerja, semua atas bahu aku.. rajin2 aku share story part ni lain kali 😅

so bila by end of 2019 tu dia tunjuk tanda2 buat perangai, aku tak kuasa dah nak fikir lama2. aku tanya dia direct, awak ada perempuan lain? awak nak kawin lain? jom la kita jumpa sama2. aku tak pernah ada isu dengan poligami. tapi waktu tu ex aku kata.. tak lah... mana ada.. kalau takde bukti, jgn tuduh2 😅

sebenarnya.. bukti dah banyak.. during that month semua bil tak bayar. rumah kereta motor bil letrik bil air termasuk bil phone. and worse part barang dapur langsung tak beli.. masuk minggu kedua aku tanya dia mana duit nak beli barang bayar duit rumah semua, dia kata dah habis dia pakai. pakai kat mana? tak ingat.

heh.

aku bukan buat keputusan hidup berdasarkan cemburu buta. aku fikir masak2 belum sampai dua minggu kau kenal perempuan ni, duit gaji kau habis, duit gaji aku pun kau habiskan.

aku ambik phone dia and tgk call log, last week semua cuma call in tapi that week dah start ada call out , maksudnya perempuan tu dah dapat perhatian dan bukan bertepuk sebelah tangan.

salah perempuan tu ke? tak.. perempuan tu memang dasar perempuan murahan dah.. sebab tu dia boleh bagi phone number wasap walaupun  tau suami orang dan dia patut hormat privacy orang bila kerja telemarketing kan? dia memang dah biasa ambik kesempatan kat lelaki dan ex aku salah sorang mangsa target dia.

ex aku yang bodoh melayan. sedangkan dia tahu benda tu semua akan rosak kan kitorang sekeluarga. belum apa2 , less than 2 weeks, semua duit habis. aku time tu fikir anak aku je dan cemana nak pegi kerja kalau takde duit petrol? november dah start cuti sekolah anak kesayangan aku banyak masa kat rumah. phone dah tak boleh call out sebab tak bayar bil. makanan kat rumah dah habis.

masa tu aku dah buat keputusan.

kau pegi la kawin dengan perempuan tu, ceraikan aku.

dia merayu kat aku cakap taknak gaduh. fikir sama macam mana nak setel hal ni semua. nak pegi keje takde duit langsung, barang makan kat umah takde. aku cakap kat dia menangis2 kenapa awak habiskan duit kita kat perempuan lain? dia tetap kata kat aku kalau takde bukti jangan tuduh.

dah tu mana duit habis semua? time tu aku start keje kat tempat baru. dekat dengan rumah so aku jalan kaki. 10km pergi , 10km balik. sampai sekarang aku tak lupa kepedihan tu. aku rajin aku akan share story part nih.

aku bernasib baik ex lady boss aku nak aku keje part time ngan dia.. tiba2 dia offer aku seribu sebulan, dtg sabtu sahaja untul buat kerja hr. sungguh aku syukur sangat waktu tu rezeki Allah bagi.. ex lady boss aku bayar siap2 pulak tu! menitik airmata aku time tu..

aku tak bagitau ex aku dah ada duit time tu.. aku dah nekad untuk bercerai. aku guna duit tu betul2 utk beli barang makan anak aku.. dgn cari rumah lain.. detik hati aku sangat kuat untuk prepare kan rumah untuk aku dan anak aku. aku ajak anak aku teman cari rumah lain yang dekat2 jugak dengan area sekolah dia, dekat ngan tempat keje aku. Alhamdullillah.. Allah mudahkan. aku dapat bayar booking rumah lain minggu tu.. utk aku masuk bulan depan.

ex aku tau aku serius nak bercerai. aku dah 4wd borang daftar bercerai kat dia.. aku call pejabat agama tanya prosedur bercerai di selangor. ex aku tak layan time tu dia tak habis2 kata aku mengarut tuduh dia takde bukti.

aku bagi dia chance lagi... kalau betul dia ada perempuan lain, nak kawin lain bgtau. aku cakap kat dia time tu siang malam engaged on the phone.. time yang kitorang patut sembang spend time sama2 pun dah takde.. dulu lunch time ngan time balik keje kitaorang sembang berdua.. dah takde semua tu.

aku masih lagi sediakan makan pakai dia, bila aku masak untuk anak aku pun aku masak lebih untuk dia. aku tak gaduh perang besar ngan dia. aku still tidur peluk dia , we still have sex macam biasa.sikit pun aku tak jadi isteri derhaka.

tapi dalam masa sama aku jugak terang2 tunjuk kat dia, once kantoi , thats it.. and he knew that. aku jenis yang tak suka mengarut2 nih.. kau dah kata xde perempuan lain bagai.. sedangkan aku dah bg ruang utk kebenaran kan?

sampai lah kantoi, depan mata aku nampak ex aku peluk peluk usap usap perempuan lain.

time tu, aku nangis lembik kaki aku.. nangis dan nangis aku tak mintak apa pun, aku cuma cakap bukti dah depan mata kan? ceraikan aku.

ex aku kata.. dia takkan ceraikan aku.. perempuan tu nothing. dia cuma kesian kat perempuan tu.. perempuan tu janda.. ex husband dia bomoh jahat ada ilmu hitam dan ada saka nak turunkan kat anak perempuan diorang sebab tu perempuan tu kena sorok anak diorang. dia janda tinggal dengan family dia dan mak ayah dia pun ada saka hantu raya nak turunkan kat dia pulak. janda tu dalam kesusahan dia kena kawin baru hantu tu semua tak kacau dia.

tarik nafas, lepas..

tarik nafas, lepas..

story apa nih..? story gila tak masuk akal? 

ex husband aku tetap yakinkan aku betul kesian janda tu takde tempat nak mengadu.

bodoh tak kalau aku kata, aku kesian sangat dengar apa yang jadi kat janda tu time tu?

huhu..


😅 macam dah panjang sangat , aku rasa kena sambung next time.. benda tu dah lepas.. im officially ibu tunggal anak dua dah sekarang.

waktu kecoh2 bercerai tu.. aku tak tau aku mengandung.. and bila dah tahu aku mengandung.. ex husband aku suruh gugurkan kandungan aku.

berderai air mata aku waktu itu.

dan waktu ini jugak.setiap kali teringat, sedih sgt.

Alhamdullillah.. baby aku selamat lahir dah.

jadi janda sebab janda, perit tu masih ada.

😊 sambung nanti eh?

promise!

sekian,

macik dayah, janda nak kaya.

heheh 🤣

Comments

  1. Kuat betul macik hadap dugaan huhu. InsyaAllah akan digantikan dgn yg manis² saje nanti, aminnnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

janda perlukan duit banyak

dah oktober?? birthday macik..

Kfry Setia City Mall